BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 November 2010

kau pergi buat selama-lamanya..kaulah sahabat..kaulah teman..


murni..
kau pergi buat selama-lamanya..
belum sempat aku nak ucapkan terima kasih..
kerana kau sudi menjadi sahabat aku..
kau seorang kawan yang baik..
kau seorang yang pendiam..
kau seorang kawan yang suka tersenyum...

murni..
aku rasa baru semalam kau bersama kami..
terasa semalam juga kau kemalangan..
aku tak dapat lupa kenangan bersama kau..
sebab kita selalu...
keluar bersama-sama..
makan dekat 'marina wings' sama-sama..
gelak sama-sama..
kau ingat tak..??
masa kita tengah tunggu pesanan
aku panggil kau dunyung..
sebab masa tu kita empat orang
kau,aku, fatihah dan ziela
makan kat tepi laut..
indah sangat kenangan tu..
masa tu kau marahkan fatihah sebab apa entah..
tapi aku marah-marah manja dekat kau..
dan aku terus cakap kau "duyung"
masa tu kita semua gelakkan kau...
seronoknya...

murni..
kau ingat tak kita berempat pergi rumah kau kat beruas,,
sebab nak temankan kau balik rumah..
sebab aku dengan ziela teringin sangat nak tengok kampung kau..
dan kami berdua teringin sangat nak berjumpa dengan mak ayah kau..
jauhnya rumah kau murni..
walaupun lengguh pinggang kami..
kami tetap rasa seronok..sebab nak balik kampung..
sampai je rumah kau..
mak ayah kau sambut kami..
ceria je wajah tuanya tu..
sebab dia lega anak dia dan kawan-kawan anak dia..
selamat sampai tanpa sebarang cela..
mak dia baru bangun mungkin sebab lama sangat tunggu kami..
tapi raut wajah tua mak dia..
memang nampak seronok..

murni..
kau ingat tak??
kau,ziela,fatihah..
pernah tidur rumah aku..
temankan aku...
sebab mak abah aku tak ada..
masa tu..kita macam berpesta...
fatihah beli macam-macam makanan..
dialah yang paling meriah..
bawa sardin,milo,macam-macam jenis makanan,,
ambil dari rumah pula tu..
tak senonoh perangai..
dia memang selalu jadi bahan kita bertiga nak kutuk dia kan?
yang tak boleh aku lupa kan..
kau masak sardin pukul 1 a.m
sebab kita lapar...
kau dengan rajinnya ambil periuk..
potong bawang,halia dan cili..
untuk buat sardin...
mengantuk tu tapi kau nak juga masak sebab kita berdua lapar..
fatihah kononnya nak berdiet la..
ziela tak makan sebab dia sakit perut..
bila dah siap je sardin tu..
kita mula makan diaorang u pun mengendeng kat kita..
akhirnya kita berempat makanla dengan senang hati..
sampai la kita terlajak untuk ke sekolah..
kenangan..oh kenangan..
indahnya bersama kau murni..

murni..
kau ingat tak kita berempat tidur kat rumah kau..
masa tu kak anum tak ada..
balik kelantan..
kau ajak aku,fatihah dan ziela..
tidur rumah kau..
inagt tak masa tu la kita mula rapat..
rapat sangat-sangat..
sepanjang hari kan kita belajar..
kau ingat tak masa tu la kita suka makan kuaci..
sambil kita belajar buat graf untuk p.a..
kita makan kuaci..sambil meluahkan perasaan masing-masing..
yang fatihah cerita pasal masalah dia yang kusut tu..
yang aku cerita pasal masalah aku yang kecamuk tu..
yang ziela cerita pasal arwah mama dia..
yang kau cerita pasal "ex" kau..
cerita kau tu ada yang sedih ada yang kelakar..
lepas kita bercerita..
kita buat keputusan nak tenangkan minda..
kita pergi teluk batik..
lepak sana..masa tu boleh pulak fatihah buka cerita hantu..
dah la sunyi...apa lagi meremanglah bulu roma kita semua..
lepas bercerita pasal hantu tu..
kita semua balik dengan perasaan takut...
kelakar kan?
lepas tu fatihah ajak kita pergi  makan..
semuanya dia yang berlanja..
die tu memang seorang kawan yang permurah kan??

murni..
kau ingat tak kita pernah berselisih faham..
mungkin tu salah aku..
aku tak nafikan..
aku ni seorang yang panas baran..
dan selalu nak menang..
tapi tu tak bermaksud aku marah kau..
mungkin aku nak tuju kat orang lain..
tapi kau ni seorang yang cepat terasa..
tu la yang kau ingat aku marah kau..
tapi ketahuilah murni tak terlintas pun dalam fikiran aku nak marah kau..
tapi perselisihan faham tu tak berpajangan kan??
kita berbaik balik..
bak kata perpatah..
air yang dicincang takkan terputus..
ah tu cerita da lepas..
aku tak nak lagi kenangkan kenangan pahit tu..
bila aku ingat balik..sangat pahit aku nak telan..

murni..
aku ingat lagi sebelum kau nak pergi tinggalkan kami..
kau selalu kata kau dah lain..
kau ada cakap tahun ni kau nak beraya puas-puas..
kalau boleh semua perayaan kau nk sambut...
sedihnya murni...
ayat kau memang menyentap jatung dan perasaan aku dan ziela..
sebab kau selalu cakap macam tu kat kami..
sebelum kau nak pergi..kau selalu duduk sorang-sorang kat tempat kau..
kau jarang duduk lepak dengan kitaorang..
pelik..tapi kami tak persaan pun cara kau tu sebenarnya..
kau nak keseorangan untuk selama-lamanya..
kau juga selalu cakap kau dah bosan duduk rumah..
kau juga selalu cakap kau tak ada semangat nak ambil STPM..
sedihnya...rupa-rupanya memang kau tak ambil pun STPM..
sebab kau pergi untuk selama-lamanya..

murni..
aku ingat lagi kau minta maaf dengan aku..
lepas kita susun meja dalam dewan
kau peluk aku erat sangat-sangat
kau menangis memang betul-betul kau sedih..
aku terharu sangat-sangat murni..
aku tak dapat lupakan semua tu..

murni..
sebelum kejadian tu..
kau dan fatihah pergi kelas cikgu Azzaha..
masa tu kau kurang bercakap
tapi kau banyak tersenyum tengok kami berdua..
aku dan ziela..
muka kau hari tu sangat-sangat la berseri-seri..
habis je kelas cikgu..aku sempat bersalam dengan kau..
itu la salaman terakhir aku dan kau..
aku ucapkan "good luck" kat kau..
kau cuma membalas dengan sekuntum senyuman yang manis dan ikhlas kat aku..
tak sangka tu lah wajah yang aku dapat tatap untuk kali yang terakhirnya..
aku teringat kau ada cakap dengan kami semua..
masa kita nak pergi jamuan akhir tahun kelas nanti..
kau nak kita semua pakai baju putih..
kau sanggup suruh kita semua pakai baju pangkor..
tapi aku tak nak sebab aku nak warna ungu..
sebab ungu kan ceria..
tp kau cakap putih tu suci..
sebab kalau kita pakai putih semua sama je suci..
nampak cantik je..
tak sangka sangat-sangat permintaan kau tu adalah permintaan yang terakhir..
dan tak sangka juga baju putih tu akan menjadi pakaian kau untuk selama-lamanya..

murni..
masa tu kan..
jam 1.30 p.m
aku dapat panggilan dari fatihah..
dia cakap dengan aku menangis..suara dia sedih sangat..
dia cakap dengan aku dia dengan kau kemalangan..
korang kemalangan kat depan sekolah..
sebelum lampu isyarat..
fatihah cakap kau tak sedarkan diri kat tempat kejadian.
korang tercampak selepas dilanggar dengan sebuah kereta satria merah..
kau tau tak..
selapas tu aku bergegas ke hospital..
mujurlah masa itu aku berada dirumah ziela
rumah ziela kan tak jauh dari hospital..
sampai je kat hospital..
aku nampak kau diangkat oleh orang ramai..
diaorng tu hantar kau guna kereta..
aku ingat lagi kereta tu..
kereta wira biru tua...
keadaan kau teruk sangat masa tu..
hidung dan mulut kau berlumuran darah..
tak sanggup aku nak tengok rupa kau..

murni..
kau tau tak..
30minit selapas tu doktor cakap dengan aku..
yang kau akan dibawa ke hospital ipoh
untukmendapatkan rawatan rapi..
sebab kau mengalami pendarahan yang serius dikepala..
doktor cakap dengan aku harapan kau nak hidup 50-50..
YA ALLAH..masa tu hanya Allah je tau hati aku..
sebak, bercampur kecewa da berbagai-bagai lagi..
masa tu hanya aku,keluarga fatihah,ziela saja yang ada masa tu..
aku terpaksa uruskan kau sementara nak tunggu keluarga kau sampai..
kak anum masa tu tak ada kat rumah yang tinggal cuma akim..
jadi semua benda aku,ziela da keluarga fatihah yang uruskan..
kesian adik kau murni..dia datang hospital dengan muka yang cemas..
selamat abg shamil ada..
dia yang ambil adik kau ke hospital..

murni...
aku tak dapat nak teruskan cerita aku lagi..
sebab..
mata aku pedih,bengkak..
aku sedih sangat murni..
walaupun aku tak dapat tatap wajah kau berkafan..
tapi aku sudah cukup berasa puas sebab..
aku dapat tengok kau kat bilik mayat..
dan dapat juga aku ikut kau untuk kali yang kedua dan yang terakhir
ke beruas..tapi aku ikut kau dengan kereta jenazah..
aku sedih sangat-sangat murni..
kau pergi terlalu cepat..
belum sempat kau megejar cita-cita kau..
keluarga kau baik sangat..
dia terima segala suratan takdir..
mak kau redha kau pergi walaupun pedih untuk dia terima..
macam tu juga dengan ayah dan adik beradik kau yang lain..
kak anum kau sedih sangat..
tapi dia tetap redha..

murni..
hanya ingatan dan al fatihah saja yang mampu aku lakukan untuk kau..
aku sayang kau sangat-sangat murni..
kau takkan jauh dari kami..
suatu hari nanti kita pasti akan dapat bersama semula..
al-fatihah...





kau adalah penolong yang sangat setia..kau bersama syafiq ketua kita..
at dinner pra-u

0 ulasan: